Unit jisim Tan_(ukuran)

Terdapat tiga unit jisim yang serupa yang dipanggil tan:

  1. Tan panjang (dirujuk dengan mudah sebagai "tan" di negara-negara seperti United Kingdom yang dahulunya menggunakan Sistem Timbang dan Ukur Imperial) ialah tan berat atau tan kasar yang tetap sama beratnya dengan 2,240 paun (1,016.0469088 kg). Di United Kingdom dan kebanyakan kawasan yang menggunakan sistem imperial, tan metrik (1,000 kg) yang amat serupa dengan tan panjang — kurang daripada 2% perbezaannya — merupakan satu-satunya bentuk tan yang sah dalam bidang perniagaan.
    • Dalam industri besi pada abad ke-17 dan ke-18, satu tan berat pendek (bahasa Inggeris: ton shortweight ) merupakan 2,240 paun piawai, manakala satu tan berat panjang (bahasa inggeris: ton longweight ) ialah 2,400 paun (1 ratus berat = 120 paun).
    • Tan panjang dipergunakan untuk keluaran-keluaran petroleum seperti bahan api penerbangan.
    • Tan berat (disingkatkan sebagai 'dwt') ialah ukurun untuk muatan kapal, termasuk minyak bunker, air tawar, anak kapal, dan bekalan keperluannya. Ia dinyatakan dalam tan metrik (1,000 kg) atau tan panjang (2,240 paun, iaitu kira-kira 1,016 kg) . Ukuran ini juga dipergunakan dalam tanan kapal tentera laut Amerika Syarikat.
  2. Tan pendek yang dipanggil secara mudah sebagai "tan" di Amerika Syarikat atau kekadangnya sebagai "tan bersih" adalah tepat sama dengan 2,000 paun (907.18474 kg).
  3. Tan metrik ialah 1,000 kilogram (kg) (atau 1 Mg) atau lebih kurang 2,204.6 paun. Tan metrik semakin digunakan sebagai ganti kepada tan panjang untuk mengukur sesaran kapal. Sila lihat rencana Tanan.

Kedua-dua tan panjang dan tan pendek terdiri daripada dua puluh ratus berat, dengan setiapnya mempunyai nilai yang berbeza untuk ratus beratnya (masing-masing 112 paun dan 100 paun). Sebelum abad ke-15 di England, satu tan adalah tepat sama dengan 20 ratus berat, dengan setiap ratus berat sama dengan 108 paun untuk memberikan 2,160 paun bagi setiap tan.

Ton cerakin (bahasa Inggeris: assay ton, disingkatkan sebagai 'AT') bukannya satu unit ukuran tetapi merupakan kuantiti piawai yang dipergunakan untuk mencerakinkan bijih-bijih logam yang berharga. Ton cerakin pendek ialah 29+1⁄6 gram, manakala ton cerakin panjang ialah 32+2⁄3 gram. Angka jumlah sesuatu logam yang terdapat di dalam sesuatu sampel dalam miligram adalah tepat sama dengan angka jumlahnya dalam auns troy. Dengan kata yang lain, jika terdapat .015 miligram dalam sesuatu sampel, maka jumlah logam itu dalam unit auns troy adalah tepat 0.015 juga.

Dalam konteks loji kuasa nuklear, tHM dan MTHM bermaksud tan metrik logam berat, dan MTU bermasuk tan metrik uranium. Dalam industri keluli, akronim THM mempunyai makna yang sama dengan 'tan logam panas' yang merujuk kepada jumlah besi atau keluli cecair yang dihasilkan.

Satu tan kering mempunyai nilai jisim yang sama, tetapi bahan-bahan (enap cemar, buburan, kompos, dan campuran-campuran yang serupa yang bahan pepejalnya direndam atau diampai dalam air) telah dikeringkan sehingga tahap lembapan yang agak rendah, dan tekal (berat kering). Jika bahan itu berada dalam keadaan semula jadinya yang basah, ia dipanggil tan basah.